myspace comments

26/12/2008

Empat Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk ke Neraka Oleh Wanita

Empat Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk ke Neraka Oleh Wanita
Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar shalat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, seperti tidak pernah lalai shalat, puasa tidak ketinggalan. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga saudara wanita jatuh ke pangkuan abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu berbuat kemungkaran, pengumpat, & sebagainya, maka anak itu akan ditanya dan diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah atau suami atau abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah SWT; "Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…"
Harga seorang muslim adalah sangat berharga. Allah SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (siapa pun yang mengucapkan kalimah tauhid), oleh karena itu janganlah kita membuang atau tidak mengindahkan janji dan peluang yang Allah SWT berikan pada kita.

WASIAT IMAM SYAFI'E

Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu imam As-Syafi'e rahimahullah

1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata

2. Kebaikan itu ada pada lima perkara yaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.

3. Imam Syafi'e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur, maka beliau menjawab : Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah

4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan

5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demekian.

6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya

7. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir

8. Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya

9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain

10. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.

11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya

12. Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil )

13. Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ihklas dengan ilmu

14. Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi

15. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui,Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar

16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu

17. Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu

18. Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah lembut

19.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka sebenarnya dia telah berbohong

20. Sekalipun seseorang itu bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah
Tidak mengetahui seseorang tentang riya’ ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas

21. Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki

22. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya

23. Terlalu mengharapkan kelebihan dunia merupakan azab Allah kepada ahli tauhid ( beragama )

24. Sesiapa yang membenarkan sahabatnya maka diterima amalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya

25. Sesiapa yang engkau redha akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu

26. Politik pergaulan manusia berlainan dengan politik pergaulan binatang

27. Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan

28. Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau

29. Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya

30. Sesiapa yang menyimpan rahsianya maka kebaikan berada di tangannya

31. Sekiranya ulama’ yang beramal dengan ilmu mereka tidak boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahu lagi adakah bagi Allah itu wali

32. Jika aku tahu dengan meminum ais sejuk akan mengurangkan maruahku nescaya melainkan air panas aku tidak akan minum

25/12/2008

"Pecahkan Teka Teki Malam"

"Pecahkan Teka Teki Malam"

Jauh di relung jiwa
Tapi dekat dalam asa
Walau mungkin ini adalah Fhatamorgana
Tapi ada hasrat tuk melukis jadi nyata

Ku ingin Arti sebuah kemapanan hadir dalam relung jiwa
Tanpa ada getir tangis berbingkai pilu
Dalam hening ini
Sang malam seakan berbisik lirih gemulai
Seakan ia memanjakan dan mendekap asa yang mulai luluh
Serta merta mengucapkan
"Dibalik gelap pasti ada terang"
Di balik langkah yang tertatih
Akan ada jalan tuk menuju "Saat Terindah"

Disaat ku letih
Bersama semangat yang hampir pupus
Selalu saja terbesit tanya
"Sampai kapan??"

Ah mungkin ini hanyalah teka taki malam
Yang hanyut bersama hayal yang menembus batas..
Ah tidur aja mending hahahahh.......!!!
(semoga kamu mimpi buruk boy) ungkap salah satu temenku hahahhahhaaa

Luruh Dalam Keheningan

Luruh Dalam Keheningan
Ya Rob...
Ku untai slaksa do'a
Dengan sebuah asa yang tak pernah pupus
kurajut cita tuk menggapai magfirah Mu
Kadang aku terjerembab
Namun aku bangkit lagi...

Ya Rob...
Seakan aku telah lebur di lautan dosa
Namun aku selalu percaya "bahwa"
KeampunanMu terhampar luas melebihi dosa-dosa hambamu

Ya Rob...
Malam ini kudatang lagi kepangkuanMu
Dengan nada istigfar yang terucap dari dasar hati juga bibirku
Hatiku gemetar disaat menyebut namaMu
Jasadku seakan luruh lemah gemulai
Kalbuku selalu berbisik pilu
Ya Allah..aku takut...!!
sesungguhnya badan ini terlalu rapuh
bila harus menerima azab dari Mu

Ya Rob...
Di bumi pyramida ini
kucoba tuk menempa diri
Namun cobaan ini seperti gersangnya sahara cairo
Selalu merindukan hujan untuk jadi penyejuk
Namun kemarau yang kudapati...

Ya rob...
Deraian air mataku disaat sujud...
Jadikanlah sebagai bukti
Bahwa aku adalah hamba yang Engkau sayang...
Amin ya Allah,,,,,,

08/09/2008

HUKUM DONOR ORGAN MANUSIA

Disini kami sedikit menjawab dengan singkat atas pertanyaan yang sudah di paparkan oleh clasless.society sebelumnya, disini ada dua inti permasalahan yang menjadi Fokus
1. Hubungan Donor antara orang yang mati dan orang yang hidup.
2. Bagaimana hukumnya atau pandangan Islam terntang Donor jantung atau Organ manusia, dari orang yang mati kepada orang yang masih hidup atau donor organ sesama orang yang masih hidup, baik ia jantung ataupun organ yang lainnya.

Disni kami mencoba menjawab walau mungkin jawaban ini tidak sempurna dan tidak memuaskan, tapi saya berharap dengan jawaban ini ada sebuah titik terang juga manfaat buat ikhwah, juga kepada clasless.society khususnya. Allohumma Amin,,,

Permasalah yang pertama yaitu:
“Hubungan Donor antara orang yang mati dan orang yang hidup”

Dalam permasalahan ini sesungguhnya Ulama Piqhi berbeda pendapat dalam menyikapi boleh atau tidaknya memindahkan organ tubuh, dari orang yang sudah meninggal kepada orang yang masih hidup.
Dan adapun pendapat yang yang paling kuat adalah: Boleh hukumnya memindahkan/menyumbangkan anggota/organ manusia yang sudah meninggal kepada orang yang masih hidup, dengan syarat ada sebuah azas manfaat ataupun sebuah kebutuhan yang di anggap keharusan Mutlak. Adapun Madzhab yang berpendapat diatas adalah:
- Madzhab Syafi’iah dalam buku Majmu’ Al Fatawa jilid 5 halaman 301/302.
- Madzhab Hanafiah dalam buku karangan Ibnu Abidin dengan judul Hasyiah Roddul Mukhtar jilid 1 halaman 840.
- Madzhab Malikiah dalam buku Hasyiah Addusuqi Ala Syarhil Kabir jilid 1 halaman 376.
- Madzhab Hanabilah dalam buku karangan Ibn Qudamah dlm kitab Syarhul Kabir jilid 3 halaman 413/414.

Dan adapun ulama Kontemporer yang memperbolehkan donor memindahkan organ tubuh manusia dari orang yang mati kepada orang yang masih hidup:

1. Zhadul Haq dalam kitab fatwanya yang berjudul ( Al Mansyuroh Bi Majmu’ati Alfatawa Al Islamiyah) jilid 10 halaman 3702/3715.
2. DR. Sayyid Thantowi (Rector Al Azhar University Cairo Egypt) dalam bukunya yang berjudul (Fatawa Assyari’ah halaman 50, Fatawa Al Mu’tamar) atau seminar antara majlis ulama Internasional yang di adakan di Malaysia pada bulan April 1969.
3. Prof. DR. Hasan Syazali dalam bukunya yang berjudul ( Hukmu Naqlu A’adho Fi Piqh Al Islam) halaman 54/56
4. Prof. Dr. Abdul Fattah Mahmud Idris dalam buku Alfatwa Al Muharromah
5. DR. Hasan Shalah dalam thesis MA (Shalahiah Al Mabi’ Lil Intifa’u Bihi)

Dalam pendapat ulama ini mungkin sudah cukup sebagai dalil atau landasan atas kebolehan donor organ manusia akan tetapi ada syarat yang harus dipenuhi sebelum pelaksanaan donor tersebut:

1. Donor ini harus kepada sesama manusia dan di anggap sebuah keharusan, dan adapun pengambilan organ manusia kepada selain manusia (binatang) sesungguhnya hukumnya tidak di halalkan
2. Donor organ manusia ini sesungguhnya sudah ada pengakuan atau kebenarannya dari dokter spesialisnya sendiri dengan artian resmi dan tidak ada penyelewengan yang berbentuk penipuan
3. Dan sudah ada izin dari keluarga yang meninggal baik ia sebuah wasiat dari orang yang meninggal itu sendiri
4. Donor ini harus beazaskan sebuah ke ikhlasan karena Allah semata dengan artian tidak untuk permainan bisnis atau jual beli (dalam buku Majmu’alfatawa) .wallohu a’lam bi shoab



Dan sekarang masuk kepada pertanyaan kedua:

Bagaimana hukumnya atau pandangan Islam tentang Donor jantung atau Organ manusia, dari orang yang mati kepada orang yang masih hidup.

Mungkin dari paparan diatas kita sudah bisa berpegang akan pendapat ulama dari salah satu madzhab yang sudah menjelaskan akan kebolehan DONOR JANTUNG dari orang yang mati kepada orang yang masih hidup.
Sedikit Sebelum kita melangkah untuk lebih lanjut tentang hukum dan padangan Islam dengan masalah donor ini, ada baiknya kita sedikit mengulas tentang syarat dan pendapat ulama tentang donor / pemindahan organ manusia kepada sesama manusia yang masih hidup:

Syarat-syarat kebolehan menyumbangkan organ tubuh manusia yang hidup kepada yang lain:
1. Adanya sebuah persetujuan dari orang yang manyumbangkan organ nya itu sendiri kepada manusia yang lain, dan ia harus aqil baligh (dewasa) (di kutip dari buku Fatwa majelis ulama Islam internasional (Kiatab Fatawa Majama’ Al Fiqh Al Islamiyah) yang dibahas/ dia adakan di Jeddah pada 12-18 Jumadil Akhir.
2. Bahwa tidak ada mudhrat atau bahaya apabila organ itu di sumbangkan di tilik dari hukum kebiasaan, dan adapun organ tubuh yang di sumbangkan itu bisa menimbulkan bahaya besar seperti menyumbanngkan Hati, Jantung dan sebagainya maka itu tidak di perbolehkan dengan dalil undang-undang Piqh “janganlah mendatangkan kemudhratan atau bahaya yang sudah di anggap mudhrat apabila memperbuatnya” (dalam kitab Al Asbahu Wa Nazair)
3. Orang yang melaksanakan Donor tersebut adalah orang yang benar-benar di anggap spesialis (dokter menurut ahlinya) (di kutip dari buku Zhadul Haq)
4. Bersih dari Niat yang berazaskan hanya untuk mendapat material, akan tetapi benar2 hanya untuk sumbangsih sosial sesama manusia.

Dan adapun dalil yang memperbolehkan sumbangsih organ sesama manusia:
- Setiap manusia adalah punya hak atas dirinya sendiri dan bagi manusia itu juga ada hak untuk membantu sesama manusia sekitarnya seperti firman Allah:”Janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri sesungguhnya Allah itu sayang kepada kamu “ Annisa 29. dan apabila sumbangsih ini atas izin dan rasa ikhlas untuk membantu orang yang membutuhkannya dan tidak ada dampak yang membahayakan kepada dirinya (kematian) maka sesungguhnya di perbolehkan dan ini adalah sifat yang terpuji dan akan mendapat balasan kebaikan dari Allah atas sumbangsih/donor tersebut. {kami kutip dari bukunyaZadul Haq yang berjudul “Bayanun Linnas” juz 2 halaman 316}

- Bahwa sumbangsih/donor yang dianggap sebuah keharusan mutlak, di perbolehkan dalam Islam dengan dalil firman Allah: ” Dan sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang di halalkan dan apa yang di haramkanNya atas kamu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya” Al An’am 119. semua apa yang kamu perbuat apabila telah jatuh kepada hulum Mudhrat/keterpaksaan maka sesungguhnya itu di perbolehkan. Dan ini adalah termasuk salah satu undang-undang piqh. Dikutip dari bukunya Atiah Shoqor dengan judul [Ahsanul Kalam Fi Fatawa Wal Ahkam] jilid 1 halaman 352

- Bahwa donor organ tubuh yang di sumbangkan kepada orang lain selagi tidak ada bahaya yang menyebabkan akan kebinasaan itu di anggap perbuatan yang sangat mulia dan sebuah kabajikan. Dengan dalil Firman Allah : “Bantu membantulah kamu dalam kebaikan dan janganlah kamu saling membantu dalam kejahatan. Al Maidah 2

[semua kutip dari buku fiqh yang berjudul “Qodhoya Fiqhiah Al Ma’syiroh”(Fiqih kontemporer) Al penjelasan ini kami Azhar University Cairo Egypt) Jazakumullahu Khoiron Wallahu A’lam.



Dari dalil-dalil ini mungkin sudah bisa kita simpulkan bahwa hukum Donor organ manusia dari orang yang meninggal kepada orang yang mati atau sesame manusia adalah sebuah permasalahaan yang di perbolehkan dalam tilikan Islam.termasuk Madzhab Syafi’iah yang menghalalkan masalah ini.

Dan buat akhina clasless.society khususnya, dalam permasalahan donor jantung setelah sudah meninggal ini adalah permasalahan yang sudah jelas kebolehannya dalam hukum Islam dan mungkin apabila ada yang kurang jelas dengan jawaban ini, dengan senang hati sekalipun mungkin ilmu yang kami miliki masih tidak seberapa akan tetapi kami bisa bantu insya Allah.